PROGRAM: TAZKIRAH BULANAN PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK – FALSAFAH DAN FADHILAT IBADAT QURBAN
TARIKH: 24 Jun 2024 (Isnin)
MASA: 10.30 PAGI
PENCERAMAH: YBRS. DR. ABDULLAAH JALIL, PENSYARAH KANAN, FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT (FEM), USIM
MODERATOR: EN. MOHD SYAIFOOL EIDZWAN A. HALIM, PENOLONG PENDAFTAR KANAN, PPA
IBADAH korban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah.
Ibadah korban disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT atas segala nikmatNya yang berbagai-bagai dan juga atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun. Pelbagai nikmat yang Allah berikan kepada kita antaranya nikmat kesihatan, kebahagiaan, kemewahan dan yang paling penting adalah nikmat keimanan kepadaNya.
Secara dalam talian melalui pautan dibawah:.
Youtube: http://www.youtube.com/@academicusim
Facebook page: http://facebook.com/academicusim