Pengenalan

Pusat Pengurusan Akademik (PPA) telah ditubuhkan pada tarikh 3 Januari 2023 hasil gabungan 3 PTj iaitu Pusat Pengurusan Siswazah, Bahagian Pengurusan Akademik dan Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (skop kemasukan pelajar Sarjana Muda dan Siswazah).

PPA merupakan jabatan yang berorientasikan perkhidmatan dan merupakan penggerak utama universiti yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan dan operasi akademik pelajar prasiswazah dan siswazah USIM.

Seiring dengan peranan PPA sebagai jabatan teras utama universiti, PPA juga berperanan merialisasikan misi USIM bagi menghasilkan ilmuan, pemimpin dan profesional yang kompeten berasaskan tradisi keilmuan islam, nilai-nilai luhur agama dan budaya demi kesejahteraan sejagat.

PPA diletakkan di bawah pengawasan dan penyeliaan Pengarah selaku Ketua Jabatan dan diletakkan di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

Visi

Menjadi Pusat Perkhidmatan Pengurusan Akademik yang cemerlang dan terunggul

Misi

Bertekad menjadi sebuah jabatan yang berorientasikan kecekapan, ketepatan dan mesra pelanggan

Objektif

Memberi perkhidmatan pengurusan akademik yang cemerlang kepada pemegang taruh bagi menyokong misi dan visi universiti

Moto

Cekap, Tepat dan Berintegriti