MESYUARAT

(DILULUSKAN OLEH MESYUARAT SENAT UNIVERSITI KALI KE-147 BIL. 4/2023 BERTARIKH 19 APRIL 2023)

JKPSU dengan ini merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Siswazah Universiti.

Mesyuarat JKPSU hendaklah diadakan sebanyak dua-belas (12) kali setahun, atau satu (1) bulan sekali dalam setahun.

Mesyuarat-mesyuarat JKPSU terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu Mesyuarat Biasa dan Mesyuarat Khas.

Mesyuarat-mesyuarat biasa hendaklah diadakan pada tarikh-tarikh tertentu yang ditetapkan terlebih dahulu oleh JKPSU dan biasanya hendaklah tidak kurang daripada sekali dalam setiap bulan. Jika sesuatu mesyuarat tidak dapat diadakan pada tarikh yang ditetapkan oleh kerana sesuatu sebab, kecuali ketiadaan korum, maka mesyuarat itu hendaklah ditunda biasanya ke hari yang sama pada minggu yang berikutnya.

Mesyuarat-mesyuarat khas untuk membincangkan perkara-perkara yang tertentu hendaklah diadakan:

  • Apabila diarahkan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa); atau
  • Apabila ada permintaan daripada sekurang-kurangnya satu perlima (1/5) daripada bilangan ahli JKPSU yang berada di dalam Malaysia pada masa itu.

Permintaan di bawah perenggan 5.(b.) di atas hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha dengan menyatakan perkara-perkara yang hendak dikemukakan untuk pertimbangan mesyuarat. Mesyuarat khas itu hendaklah diadakan dalam masa sepuluh (10) hari selepas permintaan demikian diterima oleh Setiausaha.

Sesuatu mesyuarat khas boleh diadakan pada bila-bila masa jika Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) berpendapat mesyuarat demikian perlu diadakan untuk kepentingan Universiti.

Pemberitahuan mengenai sesuatu mesyuarat dengan menyatakan tempat, tarikh dan masa mesyuarat itu hendaklah dikeluarkan selewat-lewatnya:-

  • Empat belas (14) hari terlebih dahulu bagi mesyuarat biasa;
  • Empat (4) hari terlebih dahulu bagi mesyuarat khas; dan

Pemberitahuan mengenai mesyuarat-mesyuarat biasa dan khas hendaklah dibuat secara bertulis atau secara elektronik oleh pihak urus setia kepada ahli-ahli.

Pemberitahuan mengenai sesuatu mesyuarat boleh dianggap telah disampaikan kepada seseorang ahli JKPSU sekiranya pemberitahuan itu telah disampaikan kepada seseorang kakitangan yang bertugas di pejabat atau Jabatan ahli yang berkenaan di Universiti.

AGENDA MESYUARAT

Agenda bagi mesyuarat biasa hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh mesyuarat. Agenda bagi mesyuarat khas hendaklah disampaikan bersama-sama dengan pemberitahuan mesyuarat.

Seseorang ahli yang berkehendakkan supaya sesuatu perkara dimasukkan dalam agenda mesyuarat biasa hendaklah menyampaikan kepada setiausaha sesuatu kertas kerja mengenainya selewat-lewatnya sembilan (9) hari sebelum tarikh mesyuarat.

Sekiranya dipersetujui dengan suara terbanyak oleh ahli-ahli yang hadir, perkara-perkara yang tidak dimasukkan dalam agenda mesyuarat biasa (yang bukan dikategorikan sebagai peraturan/dasar/statut) boleh dikemukakan untuk perbincangan di bawah perkara “Hal-hal lain”.

Tiada sesuatu perkara boleh dibincangkan dalam mesyuarat khas melainkan jika perkara itu telah dimasukkan ke dalam agenda.

KORUM

Korum untuk mesyuarat biasa dan mesyuarat khas ialah sepertiga (1/3) daripada bilangan ahli JKPSU yang berada di Malaysia pada masa itu.

Jika korum tidak diperolehi tiga puluh (30) minit selepas waktu mesyuarat biasa sepatutnya dimulakan maka mesyuarat itu hendaklah ditunda ke tarikh lain yang ditetapkan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Pemberitahuan mengenai tarikh mesyuarat yang baru itu hendaklah dikeluarkan selewat-lewatnya empat puluh lapan (48) jam terlebih dahulu.

Jika sekiranya korum tidak juga diperolehi setengah (1/2) jam selepas waktu mesyuarat yang baru itu sepatutnya dimulakan, maka mesyuarat itu hendaklah dimulakan pada waktu itu juga dan apa-apa keputusan yang diambil hendaklah dianggap seolah-olah keputusan itu diambil dalam mesyuarat yang ada korum dengan syarat bahawa tidak ada apa-apa perkara baru telah ditambahkan kepada agenda asal.

Jika korum tidak diperolehi setengah (1/2) jam selepas waktu sesuatu mesyuarat khas sepatutnya dimulakan, maka mesyuarat itu adalah terbatal dengan sendirinya.

MENANGGUH DAN MENAMATKAN MESYUARAT

Sesuatu mesyuarat biasa hendaklah ditamatkan atau ditangguhkan selepas telah berjalan selama dua setengah (2 ½) jam kecuali jika JKPSU membuat ketetapan supaya mesyuarat itu diteruskan lagi selepas itu.

Sambungan bagi mesyuarat yang ditangguhkan menurut peraturan di atas hendaklah diadakan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh JKPSU tetapi tidak lewat daripada tujuh (7) hari selepas tarikh penangguhan itu. Mesyuarat sambungan itu hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada mesyuarat asal yang telah ditangguhkan dan tidak ada apa-apa perkara baru yang boleh dikemukakan di dalamnya kecuali di bawah perkara “hal-hal lain”. Sesuatu mesyuarat sambungan hendaklah ditamatkan selepas ia berjalan selama dua setengah (2 ½) jam kecuali jika JKPSU membuat ketetapan supaya mesyuarat itu diteruskan lagi selepas itu.

Jika ada sesuatu perkara dalam agenda yang masih belum dibincangkan ketika mesyuarat ditamatkan menurut Peraturan 19 dan 20 di atas hendaklah dimasukkan ke dalam agenda bagi mesyuarat biasa yang berikutnya.

Mesyuarat khas boleh dijalankan seberapa lama yang difikirkan perlu oleh JPSU.

BIDANG KUASA

BIDANG KUASA (FUNGSI) JKPSU

  • Meneliti dan menimbang sama ada untuk memperaku/menyokong/meluluskan atau tidak memperaku/menyokong/meluluskan cadangan Rayuan untuk Meneruskan Semula Pengajian (Kes Pelajar Siswazah Berstatus Gagal dan Diberhentikan serta Diberhentikan (GDB). – Rujuk Jadual A*
  • Meneliti dan menimbang sama ada untuk meluluskan atau tidak meluluskan Laporan Prestasi Pelajar (Online Progress Report) dan penetapan keputusan pelajar.
  • Meneliti dan menimbang sama ada untuk memperakukan/menyokong atau tidak memperakukan/tidak menyokong cadangan senarai nama Pemeriksa Luar dan/atau Dalam yang belum pernah dilantik, bagi tesis pelajar yang mengikuti program sarjana dan program doktor falsafah.
  • Meneliti dan menimbang sama ada untuk memperakukan/menyokong atau tidak memperakukan/tidak menyokong keputusan Peperiksaan Akhir Semester, Ulangan Khas dan perkara berkaitan dengan peperiksaan.
  • Meneliti dan menimbang sama ada untuk memperakukan/menyokong atau tidak memperakukan/tidak menyokong cadangan senarai pelajar yang sudah mengikuti Viva Voce dan Layak Dianugerahkan Ijazah (LDI).
  • Meneliti dan menimbang sama ada untuk memperakukan/menyokong atau tidak memperakukan/tidak menyokong cadangan Proses Pemutihan Pelajar.
  • Meneliti dan menimbang sama ada untuk memperaku/menyokong/meluluskan atau tidak memperaku/menyokong/meluluskan cadangan Pelanjutan Tempoh Pengajian Pelajar Siswazah – Rujuk Jadual B**
  • Meneliti dan menimbang sama ada untuk memperakukan/menyokong atau tidak memperakukan/tidak menyokong cadangan Permohonan Naik Taraf Pengajian Pelajar daripada Sarjana ke Doktor Falsafah.
  • Meneliti dan menimbang sama ada untuk memperakukan/menyokong atau tidak memperakukan/tidak menyokong cadangan senarai nama pelajar yang dikecualikan daripada keperluan memenuhi jumlah semester minimum (Exemption from the Requirement of Minimum Semesters).
  • Meneliti dan menimbang sama ada untuk memperakukan/menyokong atau tidak memperakukan/tidak menyokong cadangan penawaran program baru.
  • Meneliti dan menimbang sama ada untuk memperakukan/menyokong atau tidak memperakukan/tidak menyokong cadangan penawaran kursus (subjek)/ kod kursus baru.
  • Meneliti dan menimbang sama ada untuk memperakukan/menyokong atau tidak memperakukan/tidak menyokong cadangan ubahsuai/kemaskini/penstrukturan semula program sedia ada.
  • Meneliti dan menimbang sama ada untuk memperakukan/menyokong atau tidak memperakukan/tidak menyokong cadangan ubahsuai/kemaskini kursus (subjek) sedia ada.
  • Sebarang fungsi yang diarahkan oleh pihak Pengurusan Universiti dari semasa ke semasa.
  • Bidang kuasa (fungsi) jawatankuasa yang dinyatakan di atas adalah merangkumi semua program dan kursus (subjek) yang ditawarkan di peringkat pengajian pascasiswazah (sarjana, doktor falsafah dan diploma siswazah).

Takwim

Tahun 2024

BIL. MESYUARAT TARIKH HARI MASA
JKPSU Kali Ke-124 Bil.1/2024 Januari Isnin 29 Januari 2024
JKPSU Kali Ke-125 Bil.2/2024 Februari Jumaat 1 Mac 2024
JKPSU Kali Ke-126 Bil.3/2024 Mac Khamis 28 Mac 2024
JKPSU Kali Ke-127 Bil.4/2024 April Jumaat 26 April 2024
JKPSU Kali Ke-128 Bil.5/2024 Mei Khamis 30 Mei 2024
JKPSU Kali Ke-129 Bil.6/2024 Jun Khamis 27 Jun 2024
JKPSU Kali Ke-130 Bil.7/2024 Julai Khamis 25 Julai 2024
JKPSU Kali Ke-131 Bil.8/2024 Ogos Jumaat 30 Ogos 2024
JKPSU Kali Ke-132 Bil.9/2024 September Khamis 26 September 2024
JKPSU Kali Ke-133 Bil.10/2024 Oktober Jumaat 25 Oktober 2024
JKPSU Kali Ke-134 Bil.11/2024 November Jumaat 29 November 2024
JKPSU Kali Ke-135 Bil.12/2024 Disember Khamis 19 Disember 2024

KEAHLIAN JKPSU

Pengerusi:

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Prof. Dato’ Dr. Mohd Radhi Ibrahim

Ahli:

Ketua Jabatan, Jabatan Bendahari
Puan Zuraida Zakaria

Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin

Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin

Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh

Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Prof. Madya Dr. Khairil Faizal Khairi

Dekan Fakulti Sains dan Teknologi
Prof.  Ts. Dr.Mohd Ikmar Nizam Mohamad Isa

Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Prof. Dr. Mohd Fadzillah Abd. Razak

Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Prof. Madya Dr. Zainur Rijal Abdul Razak

Dekan Fakulti Pergigian
Dr. Ainuddin Yushar Yusof

Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Prof. Madya Ir. Dr. Khairi Abdul Rahim

Dekan Pusat Tamhidi
Prof. Madya Dr. Juliana Jumal

Dekan Pusat Pengajian Teras
Prof. Madya Dr. Zoraida Mustafa

Dekan Institut Sains Islam
Prof. Madya Dr. Mohd Azman Hashim @ Ismail

Pengarah Pusat Pengurusan Strategik
Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Kasmani

Pengarah USIM A’lamiyah
Dr. Fauziah Hassan

Pengarah Kolej Permata Insan
Dr. Mahiz Spawi

Pengarah Pusat Jaminan Kualiti
Prof. Madya Dr. Azwani Sofia Ahmad Khiar

Pengarah Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran
Prof. Madya Dr. Siti Salhah Othman

Pegawai Teknologi Maklumat
Encik Amir Nadzim Kaharudin

Setiausaha:

Pengarah Pusat Pengurusan Akademik
Prof. Dr. Amir Shaharuddin

Urus Setia:

Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Siswazah
Encik Khairul Hannan Hasbullah