Senat Universiti adalah menjadi badan akademik bagi Universiti dan tertakluk kepada statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan, berhak mengawal dan memberikan arahan secara am mengenai pengajaran, penyelidikan, peperiksaan, pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain.

Keahlian Senat Universiti terdiri daripada Naib Canselor selaku Pengerusi, Pendaftar sebagai Setiausaha, semua Timbalan Naib Canselor, semua Dekan Fakulti dan semua ketua Kampus Cawangan, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institusi Universiti. Selain itu, turut dilantik menjadi ahli Senat Universiti ialah profesor sepenuh masa yang dipilih oleh Profesor dan Profesor Madya sepenuh masa Universiti dan lima orang daripada Universiti yang diko-opt oleh Naib Canselor. Pendaftar, Ketua Pustakawan, Bendahari dan Penasihat Undang-Undang pula menjadi ahli ex-offocio tetapi tidak berhak mengundi dalam mesyuarat Senat. Urus Setia Mesyuarat Senat Universiti adalah Ketua Bahagian Pengurusan Akademik.

Maklumat lanjut mengenai Senat Universiti adalah seperti berikut:

Bidang Kuasa

Bidang kuasa (fungsi) Senat adalah seperti berikut:

  • Untuk menubuhkan Fakulti, Sekolah, dan Institut Akademik dan Jabatan, Unit atau Badan Fakulti, Sekolah, Akademik dan Institut;
  • Dengan keizinan Lembaga, untuk memberikan ijazah kehormat kepada orang yang telah menyumbang terhadap kemajuan atau penyebaran pengetahuan, atau yang telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang;
  • Menggubal dasar dan kaedah pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan, penyelidikan, biasiswa dan latihan di dalam, oleh atau dari Universiti;
  • Untuk memastikan standard pendidikan dalam kursus-kursus yang diadakan di dalam, oleh atau dari Universiti;
  • Untuk menentukan kebolehlaksanaan atau selainnya apa-apa cadangan yang berkaitan dengan apa-apa kurikulum atau kursus pengajian yang dijalankan atau akan dijalankan di dalam, oleh atau dari Universiti;
  • Untuk menentukan kelayakan yang dikehendaki bagi diterima masuk ke mana-mana kursus pengajian yang diadakan di dalam, oleh atau dari Universiti;
  • Untuk mengawal selia penjalanan penilaian dan peperiksaan, mengesahkan keputusan dan menentukan rayuan itu;
  • Menggubal dasar untuk melindungi kebebasan akademik dan kecemerlangan profesional; dan
  • Untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Perlembagaan ini.

Takwim

Tahun 2024

BIL. MESYUARAT TARIKH HARI MASA
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 156 Bil. 1/2024 Januari Rabu 17 Januari 2024
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 157 Bil. 2/2024 Februari Rabu 28 Februari 2024
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 158 Bil. 3/2024 Mac Rabu 13 Mac 2024
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 159 Bil. 4/2024 April Rabu 24 April 2024
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 160 Bil. 5/2024 Mei Rabu 29 Mei 2024
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 161 Bil. 6/2024 Jun Rabu 26 Jun 2024
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 162 Bil. 7/2024 Julai Rabu 24 Julai 2024
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 163 Bil. 8/2024 Ogos Rabu 28 Ogos 2024
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 164 Bil. 9/2024 September Rabu 25 September 2024
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 165 Bil. 10/2024 Oktober Rabu 23 Oktober 2024
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 166

Bil. 11/2024

November Rabu 20 November 2024
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 167 Bil. 12/2023 Disember Rabu 18 Disember 2024

KEAHLIAN SENAT UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Naib Canselor
Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Prof. Dato’ Dr. Mohd Radhi Ibrahim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff

 Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Prof. Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor

Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin

Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin

Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh (DPT)

Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Prof. Madya Dr. Khairil Faizal Khairi

Dekan Fakulti Sains dan Teknologi
Prof.  Ts. Dr.Mohd Ikmar Nizam Mohamad Isa

Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Prof. Dr. Mohd Fadzillah Abd. Razak

Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Prof. Madya Dr. Zainur Rijal Abdul Razak

Dekan Fakulti Pergigian
Dr. Ainuddin Yushar Yusof

Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Prof. Madya Ir. Dr. Khairi Abdul Rahim

Dekan Pusat Tamhidi
Prof. Madya Dr. Juliana Jumal

Dekan Pusat Pengajian Teras
Prof. Madya Dr. Zoraida Mustafa

Dekan Institut Sains Islam
Prof. Madya Dr. Mohd Azman Hashim @ Ismail

Pengarah Pusat Pengurusan Akademik
Prof. Dr. Amir Shaharuddin

Pengarah Pusat Kemahiran Insaniah
Dr. Hisham Sabri

Pengarah Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran
Prof. Madya Dr. Siti Salhah Othman

Pengarah Pusat Jaminan Kualiti
Prof. Madya Dr. Azwani Sofia Ahmad Khiar

Profesor :

Prof. Dato’ Dr. Zulkiple Abd Ghani 
Profesor Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

Prof. Dato’ Muhammad Shamsir Mohd Aris 
Profesor Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan 

Prof. Dr. Irwan Mohd Subri
Profesor Fakulti Syariah dan Undang-undang

Prof. Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin
Profesor Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah

Prof. Dr. Zurina Shafii
Profesor Fakulti Ekonomi dan Muamalat

Prof. Dr. Wan Abdul Fattah Wan Ismail
Profesor Fakulti Syariah dan Undang-undang

Prof. Ts. Dr. Madihah Mohd Saudi
Profesor Fakulti Sains dan Teknologi

Prof. Dr. Zairina A. Rahman
Profesor Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Prof. Dr. Rosalina Abdul Salam
Profesor Fakulti Sains dan Teknologi

Prof. Dr. Rafidah Hanim Mohktar
Profesor Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Prof. Ir. Dr. Hafizal Mohamad
Profesor Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Diko-Opt oleh Naib Canselor:

Dr. Fauziah Hassan
Pengarah USIM ‘Alamiyyah

Prof. Madya Dr. Mohd Zalisham Jali
Ketua Pegawai Maklumat

Prof. Dr. Mahazan Abdul Mutalib @ Taib
Penolong Naib Canselor (Perangcangan Strategik dan Komunikasi Korporat)

Prof. Madya Dr. Asmaddy Haris
Penolong Naib Canselor (Penjanaan dan Kelestarian Kewangan)

Ahli Ex-Officio:

Pendaftar
Dato’ Muhammad Haizuan Rozali

Bendahari
Encik Hezan Shah Zainuddin

Ketua Pustakawan
Puan Nor Azzah Momin

Penasihat Undang-undang
Dato’ Muhammad Haizuan Rozali

Wakil Pelajar:

Saudara Mohamad Zulfithri Mohd Johari
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP USIM 2023/2024)

Saudari Nur Eiman Syahirah Che Samsol
Naib Yang Dipertua 1 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP USIM 2023/2024)

Saudara Abu Bakar Siddiq Najjah
Exco Akademik dan Pembangunan Intelektual, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP USIM 2023/2024)

Setiausaha:

Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik
Cik Norlizawaty Tumin

Urus Setia:

Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik
Puan Mazlen Mohamad