PAKAIAN AKADEMIK UNIVERSITI

  • Warna asas bagi keseluruhan jubah graduan adalah sama, iaitu warna Royal Blue atau biru tua. Namun demikian setiap fakulti dibezakan melalui penggunaan Selempang atau Hood yang berlainan warna.
  • Jubah graduan Ijazah Sarjana Muda dihiasi dengan tenunan songket pada kedua-dua belah hadapan jubah dan lengn serta dijahit satu lilitan jalur berwarna (lapel) mengikut warna fakulti pada lengan.Jubah ini juga dihiasi dengan pemakaian selempang akademik (hood) yang dijahit daripada kain jenis satin mengikut warna setiap fakulti.
  •  Hiasan dan warna jubah graduan Sarjana dan doktor Falsafah pula adalah sama dengan Ijazah Sarjana Muda kecuali tenunan songket pada bahagian hadapan dijahit dengan lebih lebar
    IJAZAH SPESIFIKASI
    DOKTOR FALSAFAH
    • Bonnet
    • Jubah bertenun songket 3 jalur silver
    SARJANA
    • Mortarboard
    • Jubah bertenun songket 3 jalur silver
    DIPLOMA SISWAZAH
    • Mortarboard
    • Jubah hitam bertenun sulaman benang emas bagi Diploma
    • Jubah bertenun songket bewarna biru hud manakala hud mengikut warna fakulti
    SARJANA MUDA
    • Mortarboard
    • Jubah bertenun songket bewarna biru manakala hud mengikut fakulti seperti keterangan di bawah
    PENERIMA ANUGERAH
    • Mortarboard
    • Jubah
    • Selempang:

    – Anugerah Pelajaran Diraja: Songket + line emas
    – Anugerah Canselor: Songket + line purple
    – Anugerah Pingaat Emas Naib Canselor: Songket + line Biru
    – Anugerah Kelas Pertama: Songket + Biru lembut