PROGRAM: TAZKIRAH BULANAN PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK – 40 TAHUN: PERMULAAN KEHIDUPAN @ PENGAKHIRANNYA?
TARIKH: 28 MEI 2024 (SELASA)
MASA: 10.00 PAGI
PENCERAMAH: YBRS. USTAZ MOHD SHAMSUL HAKIM BIN ABDUL SAMAD, PENSYARAH, FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH (FPQS) USIM
MODERATOR: EN. MOHD SYAIFOOL EIDZWAN A. HALIM, PENOLONG PENDAFTAR KANAN, PPA
Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman, “Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
🔴 Secara dalam talian melalui pautan ➡️ Youtube: https://www.youtube.com/@academicusim ➡️ Facebook page: http://facebook.com/academicusim