Tazkirah Bulanan PPA bertajuk Kanser: Cegah Sebelum Parah telah diadakan pada 23 Februari 2024 (Jumaat).  Penceramah yang dijemput adalah YBrs. Dr. Nurul Nadia Jamaluddin, Pensyarah, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM.

Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, Kanser atau Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.  Justeru, tazkirah ini diharap dapat memberi kesedaran kepada semua betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan diri dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan kanser serta apakah tindakan sokongan yang boleh dilakukan sekiranya ahli keluarga atau rakan-rakan menghidapi ujian kanser.