15 Jun 2023 (Khamis) – Pusat Pengurusan Akademik dengan kerjasama Pusat Sukan USIM telah berjaya mengadakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah.  Cuaca sejuk berikutan hujan di awal pagi tidak sedikitpun melemahkan semangat staf PPA untuk hadir menyertai ujian kali ini.  Ujian-ujian yang telah ditetapkan bagi UKJK adalah seperti “Push-up”, “Sit-up”, Duduk dan Jangkau, Lompat Jauh dan Lari 2.4KM. Tahniah diucapkan kepada semua staf yang berjaya melepasi ujian-ujian yang ditetapkan. Semoga sentiasa fit dan cergas!