Pada 4 Disember 2023 (Isnin), Bahagian Pengurusan Siswazah, Pusat Pengurusan Akademik telah menerima kunjungan daripada pihak DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, Pekan, Pahang. Delegasi daripada Research Management and Postgraduate Centre terdiri daripada Prof. Madya Ts. Dr. Ong Huei Ruey (Dekan), Dr. Nor Mahirah Mustapha (Timbalan Dekan), Puan Hafizah Mohamed Said (Eksekutif) dan En. Rafiudin Ramli (pelajar latihan industri). Pihak BPS, PPA amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan semoga pertemuan ini memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi bagi memantapkan pengurusan pelajar siswazahnya.
ppa32023-12-05T16:33:59+08:00