DISEBALIK TOPENG NARSISISME – Merupakan tajuk Tazkirah Bulanan PPA yang telah diadakan pada 16 Jun 2023 (Jumaat).  Penceramah yang dijemput bagi mengupas tajuk ini adalah Dr. Nurazah Ismail, Pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). Tazkirah ini telah diadakan secara atas talian menerusi aplikasi MsTeams dan juga Facebook.  Tazkirah ini telah mendapat sambutan dan diikuti oleh lebih 100 orang staf USIM.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, narcissism atau narsisisme bermakna perihal atau keadaan terlalu memuja atau mengagumi diri sendiri. Sebenarnya telah ramai pakar psikologi seluruh dunia yang membuat kajian meluas tentang perihal narsisistik ini. Jika anda fikir bahawa ia hanyalah sejenis personaliti biasa, anda sebenarnya silap.  Narsistik sebenarnya merupakan masalah serius yang mempunyai ciri spesifik yang telah dikaji dan dikategorikan oleh pakar-pakar psikologi.