Bengkel Hal Ehwal Akademik 2023 telah diadakan pada 6 Julai 2023 (Khamis) bertempat di Galeri Canselori USIM. Bengkel diadakan bagi membincangkan perancangan hal ehwal akademik dan antarabangsa dengan lebih terperinci. Antara perkara yang dibincangkan adalah Strategi Kemasukan secara APEL, Cadangan Kemasukan Laluan Khas (Pelajar Tahfiz), Pelaksanaan Micro-Credential dan Perlaksanaan Penawaran Kursus Berkredit Terbuka, Semakan Proses Kemasukan Pelajar Pascasiswazah dan Strategi Promosi Kemasukan Pelajar Dalam dan Luar Negara.
Objektif bengkel pula adalah memberi penjelasan tentang pelaksanaan inisiatif-inisiatif baharu berkaitan hal ehwal akademik, membincangkan dan mencari kaedah penyelesaian terhadap isu-isu perlaksanaan hal ehwal akademik dan memurnikan kaedah pelaksanaan inisiatif-inisiatif baharu berkaitan hal ehwal akademik.
Turut hadir ke bengkel ini ialah YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM yang telah membentangkan tajuk USIM sebagai Universiti Global: Isu dan Cabaran. Jabatan Canselori dan Pusat Pengurusan Akademik selaku penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua peserta atas kehadiran dan sumbangan idea yang diberikan sepanjang bengkel berlangsung.