Bengkel Latihan Pembangunan Laman Web Pusat Pengurusan Akademik telah diadakan pada 14 Jun 2023 (Rabu), jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengajian Prasiswazah.  Bengkel ini diadakan bertujuan memberi kefahaman dan latihan kepada staf admin laman web PPA yang baharu dilantik iaitu En. Mohd Syaifool Eidzzwan A. Halim, En. Amir Nadzim Kaharuddin, Pn. Roslina Ahmad, Pn. Noor Liyana Musa, En. Mohamad Faruq Mohd Yunus dan Cik Nurul Syafiqah Mohd Azmi.  Tenaga pengajar yang dilantik ialah En. Muhammad Amirul Afif Misran dari Stracomm, En. Ahmad Faiz Ab Aziz dan Pn. Elnadia Elmar Abd Malek dari SDEC.