Pada 17 Jun 2023 (Sabtu) bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM telah berlangsung University English Proficiency Test (UEPT) anjuran Bahagian Pengurusan Siswazah, Pusat Pengurusan Akademik. UEPT merupakan peperiksaan yang diadakan secara berkala pada setiap tahun bagi tujuan kemasukan dan pengijazahan pelajar prasiswazah dan siswazah. Peperiksaan UEPT merupakan alternatif kepada  MUET, IELTS dan TOEFL. Seramai 165 orang pelajar telah hadir menduduki peperiksaan ini.  Kami di PPA mendoakan agar semua pelajar beroleh keputusan yang cemerlang.