Bengkel Latihan Pembangunan Laman Web Pusat Pengurusan Akademik telah diadakan pada 14 Jun 2023 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Bahagian Pengajian Prasiswazah.  Bengkel ini diadakan bertujuan memberi kefahaman dan latihan kepada staf admin PPA yang baharu dilantik.  Staf PPA yang menghadiri bengkel ini ialah En. Mohd Syaifool Eidzzwan A. Halim, En. Amir Nadzim Kaharuddin, Pn. Roslina Ahmad, En. Mohamad Faruq Mohd Yunos, Pn. Noor Liyana Musa dan Cik Nurul Syafiqah Azmi.  Tenaga pengajar bagi bengkel ini terdiri daripada En. Muhammad Amirul Afif Misran daripada Stracomm, En. Ahmad Faiz Ab Aziz dan Pn. Elnadia Elmar Abd. Malek daripada SDEC.