5 Disember 2023 (Selasa) – Bahagian Pengurusan Prasiswazah yang diketuai oleh Prof. Dr. Amir Shaharuddin, Pengarah Pusat Pengurusan Akademik bersama-sama Timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai BPPS telah mengadakan lawatan penanda aras ke Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik, UPM. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk mempelajari dan berkongsi amalan-amalan terbaik pengurusan di samping fokus utamanya adalah untuk mengenalpasti kaedah dan proses pengambilan pelajar bagi kemasukan Program Saluran Alternatif (T20) yang membuka ruang dan peluang kepada pelajar yang tidak mendapat tempat melalui saluran UPU.